Miss Universe Malaysia Peraga Kustom Kampung 3D Seberat 45kg

Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James menangkap perhatian komuniti warganet apabila kostum kebangsaannya yang bakal dipertandingkan olehnya menerusi pertandingan Miss Universe peringkat antarabangsa didedahkan kepada orang ramai.

miss universe malaysia peraga kustom kampung 3d seberat 45kg

Diberi nama “Kampungku”, kostum yang akan diperagakan Luhong itu nanti mengambil inspirasi daripada kediaman tradisional orang Melayu, dan merupakan hasil ciptaan pereka kediaman, Carven Ong.

Turut menarik perhatian, kustom tersebut memiliki dua bahagian berbeza yang mana bahagian pertamanya berkonsepkan latar belakang monokrom, bertujuan untuk membangkitkan kenangan lukisan zaman kanak-kanak.

miss universe malaysia peraga kustom kampung 3d seberat 45kg

Difahamkan, setelah memperagakan bahagian pertama kustom tersebut, Luhong kemudiannya akan masuk ke dalam ‘rumah kampung’ yang berfungsi sebagai ruang menukar pakaian, untuk menukar kustom sama kepada bahagian keduannya yang lebih berwarna-warni sambil mengenakan topi kepala Borneo Doll yang direka oleh Wesley Hilton, yang diinspirasikan daripada matahari terbenam dan sebagai tanda penghormatan terhadap warisan orang Sarawak.

Tidak ketinggalan, kustom tersebut memilik berat 45 kilogram!

Luhong yang kini berusia 25 tahun bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe yang akan diadakan di Florida, Amerika Syarikat pada Mei ini.

 

Sumber: [1]