Benarlah kata orang, makin berusia seseorang wanita itu, makin terserlah kecantikkannya.
Begitulah yang dapat dilihat pada salah seorang selebriti ternama Bollywood, iaitu Madhuri Dixit.
Terbaru, Madhuri menayangkan kecantikannya dengan mengenakan pakaian tradisional India berwarna hijau, menerusi entri Instagram miliknya pada Ahad lalu.
Mengenakan lehenga hijau dengan sulaman Chickankari putih, pelakon berusia 54 tahun itu kelihatan begitu menawan sekali ditambah pula dengan solekan minimal dan gaya rambutnya yang kerinting panjang.
Pada entri tersebut, tulis Madhuri, “Go green”.
Rata-ratanya, gambar tersebut disukai ramai pengikut selebriti lain.
Selain itu, ramai peminat Madhuri turut meninggalkan komen yang memuji penampilan dan kecantikan bintang Dil Toh Pagal Hai yang tak makan usia itu.
Dalam perkembangan lain, Madhuri Dixit bakal membuat debut di dunia digital menerusi drama bersiri keluarga di Netflix, berjudul “Finding Anamika”.
Drama tersebut mengisahkan seorang bintang global, juga mempunyai keluarga sendiri. yang tiba-tiba hilang tanpa jejak.
Ketika pihak polis dan orang tersayang mencari jawapan di sebalik kehilangannya itu, satu demi satu cerita mula dibuka, sekali gus mendedahkan kehidupannya sebagai seorang bintang tidaklah seindah yang disangkakan selama ini.
Sumber: [1]