Bagaikan dalam mimpi apabila rumah seorang wanita dari Indonesia ini dikunjungi dua pelakon popular di Asia iaitu, Lee Seung Gi dan Jasper Liu.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok @kakamoez yang mana dalam video itu, kelihatan pelakon Korea, iaitu Lee Seung Gi dan pelakon China, Jasper Liu mengunjungi rumahnya di Yogyakarta.
Kedatangan kedua-dua pelakon itu adalah bertujuan untuk rakaman bagi program variety yang berjudul Twogether.
Wanita yang dikenali pasti sebagai Mustika Devi Anggraeni itu kemudian dihubungi media tempatan yang mana kongsinya, dia berasa amat teruja terhadap kedatangan kedua-dua pelakon itu ke rumahnya.
“Saya terkejut ketika menjadi tular. Ternyata masih ramai warga TikTiok yang tidak tahu. Walaupun saya telah memuat naik video FYP ini setahun yang lalu di Instagram peribadi saya (@kakamoez) dan sempat heboh sebentar pada masa itu (iaitu ketika Twogether mula ditayangkan untuk pertama kali pada 26 Jun 2020),” katanya.
Wanita berusia 30 tahun itu kemudian mengimbas kembali kisah pertemuannya di sebalik video TikTok yang tular itu.
Dia mengatakan bahawa pada masa itu, Lee Seung Gi dan Jasper Liu mengunjungi peminat mereka sebaik menyelesaikan misi merakamkan program Twogether di Yogyakarta pada 4 September 2019.
“Saya kebetulan menjadi peminat yang bernasib baik. Sebelum itu, saya baru sahaja mendaftar untuk mengambil bahagian dalam penggambaran program variety ini kerana saya sangat menyukai Jasper Liu.
“Saya tak sangka akan kena pilih betul-betul. Saya kemudian ditemu ramah menerusi sidang video dengan PD-nim dan kru dari Seoul, Korea Selatan,” kongsinya.
Tambah Mustika lagi, selepas itu, dia dihubungi oleh kre Twogether menerusi WhatsApp.
Oleh kerana nombor tersebut tidak dikenalinya, dia bertindak tidak membalas pesanan mesej tersebut dan terlupa yang dia sebenarnya pernah mendaftar untuk mengikuti program variety itu.
“Sampailah kru DM di Instagram. Padahal saya peminat yang biasa-biasa sahaja. Saya tidak pernah ke Taiwan, tidak pernah menonton konsert, tidak pernah membeli album, apatah lagi menyertai ‘fan meeting’ yang memerlukan seseorang untuk membayar beratus-ratus,” jelasnya sambil ketawa.
Dia bagaimanapun tetap berasa sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Lee Seung Gi dan Jasper Liu dalam kehidupan nyata.
Lebih mengujakan, dia turut sama berpeluang untuk bergambar dengan mereka.
“Foto ini diambil oleh Lee Seung Gi menggunakan kamera telefon bimbit Jasper Liu,” katanya gembira.
Lanjut Mustika lagi, kedua-dua Lee Seung Gi dan Jasper Liu mempunyai perwatakan yang ramah dan sopan.
“Sepertinya mereka berdua bukan pelakon terkenal di negara masing-masing. Rasanya macam kawan-kawan yang berkunjung ke rumah, berbual dengan ibu bapa,” katanya.
Mereka juga sempat berborak mengenai tarikan pelancongan yang disyorkan ketika mengunjungi Yogyakarta.
Selepas berkunjung ke rumah Mustika, Lee Seung Gi difahamkan segera kembali ke Korea Selatan untuk menjalani promosi bagi dramanya yang berjudul Vagabond.
“Mereka semua terpaksa mendahulukan jadual penggambaran mereka kerana jadual sebelumnya bertentangan dengan tugas rasmi saya untuk ke Aceh selama dua minggu. Setelah mereka mengunjungi Yogyakarta, saya diberitahu oleh kru agar segera membuat visa untuk bertemu dengan mereka lagi di Korea,” terangnya.
Mustika kemudian menguruskan dokumen visa dan hanya mempunyai tiga hari untuk mempersiapkan dirinya.
Setelah pulang dari tugas dari Aceh, dia kemudian berangkat ke Jakarta dan langsung terbang ke Korea Selatan.
“Kelihatan yang membuahkan hasil. Jasper Liu sangat suka mengambil gambar selfie, anda tahu. Ketika saya pergi ke Korea, drama Vagabond (lakonan Lee Seung Gi) sedang ditayangkan episod 1-2,” kongsinya teruja.
Sumber: [1]