Seorang lelaki berusia telah menyumbangkan wang simpanan bernilai 60 juta yen, bersamaan RM2,285,065, yang telah ditabung dia sejak kecil lagi, kepada perbandaran kota tempat tinggalnya di Jepun.
Lelaki terbabit yang mahu identitinya dirahsiakan pergi ke balai polis pada 17 Mei dan meminta pegawai di balai tersebut untuk menyerahkan beg berisi wang tunai dan surat berkenaan pendermaan itu yang diselitkan di dalam beg tersebut kepada pihak berkuasa.
Menurut pegawai kerajaan di bandar terbabit, lelaki tersebut dipercayai berusia sekitar 70-an hingga 80-an dan telah mengunjungi balai di kota itu dengan beg galas sekitar jam 2.15 petang.
Dia menyerahkan beg galas tersebut kepada seorang pekerja di situ dan meminta tolong kepadanya agar memberikan beg tersebut kepada Datuk Bandar, katanya sebagai sumbangan.
Mereka kemudian menemui wang yang bernilai lebih RM2 juta itu dengan sepucuk surat yang diselitkan. Dalam surat tersebut, lelaki itu menjelaskan dia telah menyimpan wang tersebut sejak di berada di kelas satu sekolah rendah, dan menyatakan keinginan untuk tidak dikenali.
Wang tersebut kemudiannya diikat kemas oleh kesemua pegawai di situ dan bakal diuruskan oleh pihak Datuk Bandar atas nama sumbangan.
Datuk Bandar Yokosuka, Katsuaki Kamiji mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, bahawa dia kagum dan terkejut dengan sumbangan besar yang diterima dalam masa sukar berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.
Ujar Kamiji, “Saya tidak tahu harus berkata apa, saya bersyukur untuk itu.”
Sumber: [1]