Baru-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Joon Gi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39 menerusi satu program khas berjudul DREAM anjuran satu platform penstriman popular di negara tersebut.
Ketika berlangsungnya program tersebut, Joon Gi kemudiannya dikejutkan dengan satu panggilan ‘surprise’ yang rupanya datang daripada bekas bintang bersama, IU.
Terdahulu, kedua-dua mereka pernah menerajui bersama satu drama popular berjudul Scarlet Heart Ryeo pada 2016.
Dalam perbualan tersebut, Joon Gi dan IU mengimbas kembali kenangan ketika menjalani penggambaran drama tersebut yang mana mereka pertama kali mengenali antara satu sama lain hingga terjalinnya persahabatan akrab antara kedua-dua pelakon itu.
Akui Joon Gi ketika panggilan itu, sukar sebenarnya untuk merealisasikan musim kedua Scarlet Heart Ryeo.
Namun dia sempat bertanya kepada IU sekiranya dia berminat untuk membintangi musim kedua drama terbabit jika diberi peluang.
Jawab IU, “Saya rasa kita semua yang menjalani penggambaran drama itu mungkin merasakan hal yang sama. Kita mempunyai masa yang sangat baik ketika melakonkannya, dan biarpun sekarang, terdapat begitu ramai orang yang menyukai drama ini. Bukankah itu luar biasa?”
Joon Gi turut bersetuju dengan IU yang mana dia mengujar, “Sejujurnya, kami tidak pernah membayangkan akan ada ramai orang di seluruh dunia yang menyukainya.”
IU kemudian menambah, “Sekiranya syaratnya tepat untuk kita semua berkumpul, tidak ada untuk tidak melakukannya.”
Lanjut IU lagi, kebanyakan pelakon yang turut sama membintangi drama tersebut semuanya telah mencapai tahap luar biasa dalam karier mereka dan kini ligat mengerjakan projek lain.
“Tetapi jika anda hanya bertanya tentang pendapat saya, tidak ada alasan untuk melakukannya,” kata IU yang kemudiannya disambut dengan gurauan oleh Joon Gi, "Saya takut anda akan berkata, “Mengapa saya harus?’”
Dalam perkembangan lain, IU baru sahaja melakukan kemunculan semula menerusi album studio kelima yang berjudul LILAC pada Mac lalu manakala Lee Joon Gi pula menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Terbaik untuk Anugerah Seni Baeksang ke-57.
Sumber: [1]