Hanya dengan jeritan ‘meow’ yang dilaungkan berulang kali, seekor kucing di Bodmin, Cornwall, England berjaya menyelamatkan pemiliknya yang terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 21.33 meter.
Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu melibatkan mangsa wanita warga emas berusia 83 tahun yang dilaporkan hilang berdekatan rumahnya.
Jirannya telah menghubungi perkhidmatan kecemasan kerana bimbang mengenai keadaan warga emas berkenaan selepas mendapati dirinya hilang lebih beberapa jam.
Bagaimanapun, seorang pejalan kaki kemudian terdengar bunyi ‘meow’ berulang kali oleh seekor kucing yang dikenali sebagai Piran, dari atas sebuah lubang di kawasan belukar pada petang hari kejadian.
Bunyi ‘meow’ daripada kucing tersebut kemudian tidak semena-mena ‘merungkai misteri’ kehilangan warga emas itu sehingga menyebabkan pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall memulakan operasi menyelamat warga emas itu.
Sejurus operasi menyelamatnya, warga emas itu berjaya dibawa naik dan dihantar ke hospital dengan menggunakan helikopter ambulans.
Jelas Polis Bodmin, warga emas itu kini berada dalam keadaan stabil dan kucing bernama Piran telah menyelamatkan pemiliknya.
Sumber: [1]