Kuasa Viral Berjaya Bantu Abang Petai Sambung Belajar!

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan 9 dan rata-rata pelajar baru pun dah mulakan pengajian di IPTA dan IPTS minggu ni!

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

Mesti excited kan bila dah masuk ke dunia kolej, bergaul dengan kawan-kawan baru dan yang paling penting mestilah nak belajar sungguh-sungguh untuk banggakan ibu bapa kan.

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

Tapi, di sebalik keterujaan nak sambung belajar, kita kena ingat mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mampu untuk melakukannya.

Macam satu cerita viral ni, seorang remaja 20 tahun, Muhammad Izzat terpaksa bantu ibunya menjual petai untuk tampung kos pengajiannya ke universiti.

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

Mula-mula dia memang nak tangguhkan pengajiannya ke Universiti Sains Malaysia sebab kena bantu ayah dan ibunya sara 11 adik beradik yang lain tapi ditolak.

Tapi tula rezeki ni memang tak pernah salah alamat kan? Sebab akhirnya Izzat berjaya jugak sambung pengajian dalam jurusan Sains Teknologi Bangunan di USM hasil bantuan orang ramai!

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

Terima kasih buat netizen sebab lepas je kisah Izzat ni viral, bantuan kewangan daripada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama berpusu-pusu masuk tau.

Pemurahnyaa rakyat Malaysia ni!

Harapnya lepas ni banyak lagi bantuan yang boleh kita hulurkan buat mereka yang kurang berkemampuan.

So, kepada adik Izzat dan semua pelajar baru di IPTA dan IPTS seluruh negara, Selamat Maju Jaya!

kuasa viral berjaya bantu abang petai sambung belajar!

Manfaatkan peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh dan jadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh: Izzati Amir