Kisah Sang Ibu Di Indonesia Yang Sanggup Kayuh Basikal Demi Hantar Anak Bertanding Kejohanan Sukan

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak, walaupun ia bermaksud mengorbankan apa-apa sahaja demi kebahagiaan dan masa depan mereka.

kisah sang ibu di indonesia yang sanggup kayuh basikal demi hantar anak bertanding kejohanan sukan

Hanya dengan melihat kejayaan anak-anak, pastinya terdetik perasaan bahagia dalam hati sang ibu dan bapa.

Tidak terkecuali kisah seorang ibu di Indonesia yang menjadi tular di media sosial berikutan dirinya mengayuh basikal demi membawa anaknya bertanding di pertandingan sukan baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun pengguna Instagram @/insta_julid itu, tercoret pada ruangan kapsyen “Sangat terharu untuk menontonnya,”.

Dalam video itu, kelihatan seorang ibu membawa anaknya ke satu pertandingan sukan.

Tanpa diduga, anaknya itu berjaya memenangi trofi dari pertandingan tersebut yang mana trofi itu segera dibungkuskan ibunya lalu diletakkan ke dalam bakul basikal mereka.

Selepas itu, pasangan ibu dan anak tersebut menaiki basikal mereka sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang merakamkan video tersebut.

Yang pasti, mereka berdua kelihatan begitu teruja biarpun dengan menunggang basikal mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

 

 

Sumber: [1]