Bintang Running Man, Song Ji Hyo menjadi tetamu jemputan Kim Jong Kook untuk video terbaru di saluran YouTube miliknya, Gym Jong Kook.
Di awal video tersebut, Kim Jong Kook berkata, “Saya ingatkan nak mencari lokasi yang cantik untuk dan berborak sambil menikmati makanan, tetapi tetamu kita terlambat dua jam.”
Song Ji Hyo bagaimanapun meminta maaf dengan gayanya yang tersipu-sipu malu sebelum kedua-dua mereka mua berbual santai mengenai topik seperti senaman, diet dan jenis badan ideal bagi masing-masing.
“Secara peribadi, saya merasa diet sangat mencabar kerana saya suka makanan,” akui Song Ji Hyo.
“Anda perlu mencari tubuh sasaran yang dapat anda capai dengan kehendak anda,” terang Kim Jong Kook.
Namun yang menghiburkan sepanjang video tersebut, ialah Song Ji Hyo yang seakan-akan mudah terganggu dengan bau makanan yang disediakan mereka berdua yang mana, ketika makanan tersebut dihidangkan, dia begitu sibuk makan sehingga tidak mendengar apa yang dibualkan Kim Jong Kook.
“Anda jauh lebih lucu berbanding saat anda merakam Running Man,” gurau Kim Jong Kook.
Di penghujung video tersebut, mereka turut berkongsi dengan para penonton bahawa terdapat lagi satu video yang akan dikeluarkan pada minggu hadapan bersama Song Ji Hyo, yang mana mereka akan melakukan latihan senaman bersama-sama.
Terdahulu, Kim Jong Kook melancarkan saluran YouTube peribadinya pada 17 Jun lalu dengan menggunakan nama Gym Jong Kook bagi berkongsi pelbagai kandungan, terutamanya yang berkaitan dengan gaya hidup sihat.
Saluran tersebut kini telah mencecah lebih 1.6 juta pelanggan dengan video khusus itu sahaja berjaya mengumpul lebih 8 juta tontonan.
Sumber: [1]