Kerusi Bernilai RM4juta & Perabot Mahal 'Spotted' Di Kediaman G-Dragon!

Seiring dengan kejayaan besar yang dikecapi sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, baik sebagai anggota BIGBANG mahupun sebagai artis solo, rasanya ramai juga yang sudah tahu mengenai kekayaan yang dimiliki G-Dragon.

kerusi bernilai rm4juta & perabot mahal 'spotted' di kediaman g-dragon!

Dikenali sebagai seorang artis yang gemar mengumpul barang-barangan mewah selain mengisi ruang dalaman kediaman peribadinya dengan karya seni eksklusif dan perabot hasil ciptaan pereka ternama, terbaru, artis yang kini berusia 32 tahun itu diketahui memiliki kerusi yang berharga USD$1 juta (RM 4,140,500)!

kerusi bernilai rm4juta & perabot mahal 'spotted' di kediaman g-dragon!

Perkara tersebut didedahkan menerusi rancangan Entertainment Weekly yang diudarakan pada 23 Mei, yang mana mereka menyenaraikan selebriti Korea dengan koleksi paling mewah, G-Dragon berada di tempat ketiga.

kerusi bernilai rm4juta & perabot mahal 'spotted' di kediaman g-dragon!

Ketika memperkenalkan beberapa barangnya, slot terbabit memperlihatkan ruang tamu G-Dragon yang mempunyai beberapa perabot mahal, dan salah satunya termasuklah kerusi yang bernilai jutaan ringgit itu.

kerusi bernilai rm4juta & perabot mahal 'spotted' di kediaman g-dragon!

Barang-barangan lain termasuklah meja yang bernilai 40 juta KRW (RM146,839) dan kerusi 16 juta KRW (RM58,735) yang dikeluarkan hanya sebanyak 20 unit di seluruh dunia.

Sejak usia 13 tahun, G-Dragon telah mula menulis lagu dan mengumpulkan bayaran hak cipta. Pencapaian tersebut sekali gus menjadikannya sebagai salah seorang penyanyi Korea yang berpendapatan tinggi sehingga hari ini.

 

Sumber: [1]