Kembali Ke Layar Hollywood, Henry Golding Bakal Bintangi Filem Baru Dengan Dakota Johnson

Pelakon Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem terbarunya bersama Dakota Johnson.

kembali ke layar hollywood, henry goulding bakal bintangi filem baru dengan dakota johnson

Menurut media, Henry akan memainkan watak sebagai Mr. Elliot dalam filem yang berjudul Persuasion, yang juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel klasik naskhah Jane Austen.

Persuasion merupakan sebuah filem drama romantik moden yang mengisahkan Anne Elliot (Dakota Johnson) yang tinggal bersama keluarganya yang angkuh, dan berada di ambang kemuflisan.

Di usia 27 tahun yang masih membujang, Anne kemudiannya bertemu semula dengan kekasih lamanya dari masa lalu, Frederick Wentworth, dan kini diberi peluang kedua untuk membuka kisah cinta tersebut kembali.

Walaubagaimanapun, Golding yang sering membintangi filem Hollywood sebagai teraju utama dilaporkan akan memainkan watak sebagai sepupu kepada Anne, iaitu Mr. Elliot.

Setakat ini, masih belum diumumkan siapakah gerangan pelakon lelaki yang bakal memainkan watak Frederick Wentworth.

Terdahulu, pelakon kelahiran Betong, Sarawak itu menembusi pasaran Hollywood menerusi filem box office, Crazy Rich Asians pada 2018, yang mana Golding bergelar teraju utama di samping pelakon wanita Constance Wu.

Kejayaan filem tersebut kemudiannya membuka pintu kepada Golding yang kemudiannya membintangi filem-filem lain termasuklah A Simple Favor dan Last Christmas.

Terbaru, Golding dilaporkan bakal membintangi filem Snake Eyes yang akan dikeluarkan pada 23 Julai tahun ini.

 

Sumber: [1]