Kekayaan Mencecah RM3.5 Bilion, Namun Shah Rukh Khan Tetap Gemar Makan Di Rumah & Berjimat!

Perjalanannya sebagai seorang pelakon filem Bollywood bermula sekitar lewat 1980-an, dan sejak dari itu, nama Shah Rukh Khan meledak dengan kebanyakan filem yang dibintangi beliau menjadi filem pecah panggung dan meraih populariti antarabangsa.

kekayaan mencecah rm3.5 bilion, namun shah rukh khan tetap gemar makan di rumah & berjimat!

Kejayaan tersebut sekali gus mengangkatnya sebagai antara individu paling kaya di India dengan kekayaan terkumpul mencecah AS$750 juta (RM3.15 bilion).

Bagaimanapun, di sebalik kemasyhuran yang dikecapinya, Shah Rukh Khan dikatakan tetap mengamalkan kehidupan biasa dan lebih gemar untuk menjamu selera di rumah.

Pelakon filem Dilwale itu juga digambarkan sebagai seseorang yang tidak suka menghabiskan duit terhadap perkara tidak penting.

Tidak ketinggalan, kediaman mewah milik Khan yang terletak di Mumbai turut menjadi perhatian sejak muncul dalam filem Yes Boss pada 1997.

Kediaman yang dihiasi perabot mewah dan lampu candelier kristal itu terletak di kawasan paling mahal di Mumbai dan bernilai sekitar AS$27 juta (RM113 juta).

Menurut isteri Khan, iaitu Gauri Khan, mereka sekeluarga mengambil masa lebih 10 tahun untuk mereka semula dan mengubah suai kediaman itu.

Shah Rukh Khan mendirikan rumah tangga bersama isteri, Gauri Khan pada 25 Oktober 1991. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata.

 

Sumber: [1]