Kanak-kanak Berusia 9 Tahun Berjaya Pecah Rekod Angkat Beban Seberat 104 Kilogram

kanak-kanak berusia 9 tahun berjaya pecah rekod angkat beban seberat 104 kilogram

Tate Fregly baru berusia 9 tahun. Namun, beliau telah berjaya mengangkat beban seberat 104 kilogram.

Dengan jumlah beban tersebut, Fregley telah berjaya memecah rekod individu paling termuda mengangkat beban berat.

Beliau telah melakukan rekod tersebut ketika menyertai Kejohanan Angkat Berat Amerika 2020.

Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Fegley bercerita bahawa beliau melakukan latihan seawal jam 7 pagi setiap hari. Manakala latihannya pula dipantau oleh jurulatihnya, Peyton Gray.

“Saya suka sukan ini dan gemar menyertai pertandingan angkat berat. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk berlatih selepas pulang dari sekolah.

“Kini saya memberi fokus dan bekerja keras untuk menjuarai Kejohanan Remaja Kebangsaan yang akan berlangsung Ogos depan dan berharap mampu mengangkat beban lebih berat serta memecahkan lagi rekod kebangsaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian