Anggota termuda BTS iaitu Jungkook selamat bergelar graduan universiti di Global Cyber University bawah jurusan Penyiaran dan Hiburan.
Lebih membanggakan, Jungkook, 24, turut dikurniakan penghormatan tertinggi dari universiti terbabit yang berupa Anugerah Presiden.
Ketika majlis graduasi itu diadakan pada Khamis lalu, Jungkook bagaimanapun tidak dapat hadir.
Namun dia sempat menitipkan sebuah video ucapan sebagai penghargaan terhadap penerimaan anugerah itu,
“Pengijazahan adalah kedua-dua tempoh dan permulaan, namun ia menyentuh dan mengujakan pada masa yang sama,” kata Jungkook.
“Terima kasih atas anugerah yang berharga ini, dan saya rasa mempelajari sesuatu sentiasa menyeronokkan, indah dan mengujakan. Kita semua tidak akan terlepas detik ini dan bergerak ke hadapan menuju matlamat seperti mana yang dilakukan kita sekarang,” tambahnya.
Terdahulu, Jungkook memulakan pengajiannya di Global Cyber University pada 2017.
Sumber: [1]