Jong Kook Running Man Dedah Bagaimana Minat Bersukan Pengaruh Hidupnya

Baru-baru ini, anggota Running Man, Kim Jong Kook muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Master in the House.

jong kook running man dedah bagaimana minat bersukan pengaruh kehidupan sebagai penghibur

Menerusi episod yang bersiaran pada 25 April itu, ia memfokuskan pada Kim Jong Kook yang gemar bersenam.

Setelah menjalani pelbagai cabaran yang melibatkan kecergasan bersama anggota Master in the House, mereka kemudiannya pergi ke gim untuk mendapatkan latihan peribadi daripada Kim Jong Kook yang mana penyanyi berusia 45 tahun itu beraksi seolah-olah pelatih peribadi mereka.

Ketika itu, Jong Kook sempat mengujar, “Latihan adalah seperti kehidupan. Anda harus menjadi satu dengannya.”

Selain itu, Jong Kook turut menambah mengenai kepentingan mempunyai sesuatu minat di luar bidang pekerjaan.

Katanya, “Saya rasa penting untuk mencari sesuatu yang anda gemari selain bekerja.

“Tidak semestinya perlu bersenam. Sekiranya anda mempunyai minat tersebut, anda boleh mencari keseimbangan dalam pekerjaan anda dan kekal sihat untuk jangka masa panjang. Sebab saya dapat menjalani karier hiburan yang panjang tanpa skandal adalah kerana bersenam.”

Master in the House merupakan sebuah rancangan variety yang mana kesemua anggotanya menghabiskan masa selama dua hari satu malam bersama tokoh terkenal dari pelbagai bidang dan profesion, yang dikenali sebagai Master.

Anggota rancangan tersebut daripada Lee Seung Gi, Yang Se Hyung, Shin Sung Rok, Kim Dong Hyun dan Cha Eun Woo (ASTRO).

 

Sumber: [1]