Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Rosé BLACKPINK berkongsi bahawa dia menerima ‘surprise’ daripada penyanyi terkenal Amerika Syarikat, John Mayer.
Menerusi entri di Instagram Story miliknya, Rose memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan gitar elektrik berwarna merah jambu yang dihadiahkan kepadanya oleh John Mayer.
Coretnya pada salah satu gambar itu, “Hidupku lengkap. Terima kasih John Mayer.”
Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya kejutan daripada John Mayer. Turut terselit dalam pemberian itu ialah sekeping nota tulisan tangan Mayer yang tertulis, “Rosé! Saya harus berterima kasih kepada ANDA! Terima kasih, John Mayer.”
Terdahulu, video Rosé menyanyikan semula lagu John Mayer yang bertajuk “Slow Dancing In A Burning Room” dalam program Sea of Hope menjadi sebutan ramai sehingga ia tular di serata media sosial dengan lebih 5 juta tontonan di YouTube.
Nyanyian semula lagu yang dikeluarkan Mayer pada 2006 itu, bahkan, turut menangkap tuan empunya badan yang memuat naik pada Instagram Story video tersebut dengan mengatakan, “Ia sangat indah.”
Sumber: [1]