Jepun Hasil 213 Kimono Sebagai 'Tribute' Bagi Negara Bertanding Di Olimpik, Ini Dia Corak Malaysia

Bersempena dengan Sukan Olimpik kali ini yang berlangsung di Tokyo, Jepun, negara tersebut telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Projek Imagine OneWorld Kimono yang memakan masa selama empat tahun dan puluhan artis dan pereka.

jepun hasil 213 kimono sebagai'tribute' bagi negara bertanding di olimpik, ini dia corak malaysia

Ternyata, hasilnya cukup menakjubkan.

Bertujuan untuk memberi penghormatan kepada setiap satu negara yang bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Projek Kimono menerima sentuhan daripada pereka yang berbeza-beza bagi membentuk kimono dan selempang yang unik, dengan penelitian mendalam yang dilakukan terhadap seni, budaya dan sejarah negara bertanding.

Setiap satu kimono difahamkan menelan belanja kira-kira 2 juta Yen (RM77,029) dengan pembiayaannya dikumpulkan daripada tajaan korporat dan kutipan dana.

Tidak ketinggalan, koleksi kimono yang berasaskan pelbagai negara dari serata dunia bakal dipamerkan di Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.

Biarpun terdapat 206 negara yang bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2013, sejumlah 213 kimono bagaimanapun dikait yang mana kesemuanya berjaya disiapkan pada 2020.

Menariknya, bagi kimono yang dihasilkan khusus untuk Malaysia, jelas kelihatan unsur-unsur kebanggaan negara seperti Menara Petronas dan bendera Malaysia ditampilkan pada reka bentuknya.

Ia direka oleh Takehana-Sensho berdasarkan input yang diperoleh daripada Sekolah Menengah Kurume Prefektur Fukuoka.

Sementara itu, bagi bahagian obi (selempang) pula, ia dihasilkan menurut corak Peranakan, dan ditenun tangan dengan menggunakan daun emas asli.

 

Sumber: [1]