Nama Ariel NOAH menjadi perhatian ramai wargamaya selepas dia berkongsi foto bersama anak perempuannya yang kini remaja iaitu, Alleia Anata ketika sedang bercuti di Paris.
Manakan tidak, walaupun gerak-gerinya sering menjadi bualan orang ramai, Ariel bagaimanapun jarang sekali memperlihatkan kehidupan peribadi, lagi-lagi melibatkan keluarganya di media sosial, melainkan di vlog miliknya atau dalam rakaman video yang ditangkap orang lain.
Menerusi entri terbarunya di Instagram, Ariel berkongsi fotonya bersama Alleia di Paris dengan kapsyen yang berbunyi, “Bonjour (Hello)”.
Ramai wargamaya termasuk rakan-rakan artis yang meninggalkan komen mereka demikian teruja melihat dua beranak itu.
Beberapa ketika dahulu, kemesraan Ariel dan Alleia pernah kembali menjadi bualan apabila mereka dilihat menonton Konsert BCL Drive In yang diadakan pada November 2021.
Alleia tampil dalam banyak video persediaan berikutan Ariel merupakan salah seorang pelakon sokongan pada malam itu.
Sebelum ini, menerusi satu temu bual, Ariel pernah menceritakan tentang kehidupan bersama anak perempuannya itu.
Dia berkata, kehidupan Alleia yang dilahirkan pada Jun 2005 itu mungkin tidak normal seperti kanak-kanak lain, kerana dia.
“Dia perlu sedar bahawa dia bukan seperti orang biasa secara umumnya, kerana dia milik saya. Dia mempunyai bapanya yang memang mempunyai status sosial tertentu dan dia mesti sedar. Dari awal, dia cuba untuk tidak melakukan terlalu banyak aktiviti di media sosial,” kata Ariel.
Justeru itu, penyanyi kumpulan NOAH itu mengatakan bahawa dia sengaja menghadkan kemunculan gambar dan video Alleia di media sosial.
Sumber: [1]