Jackson Wang Paling Hargai Peminat Korea

Penyanyi popular, Jackson Wang, yang juga merupakan sebahagian daripada kumpulan K-Pop terkenal GOT7 meluahkan perasaannya bergelar artis solo.

jackson wang paling hargai peminat korea

Menerusi satu temu bual bersama majalah fesyen antarabangsa, penyanyi yang berusia 27 tahun itu akui bahawa dia amat teruja dengan permulaan barunya sebagai seorang artis solo.

Ujarnya, “Saya sangat menantikan permulaan baru dengan aktiviti solo saya.”

Namun, dia tidak melupakan permulaannya sebagai seorang penyanyi yang bermula di Korea Selatan.

Lanjutnya, “Korea Selatan adalah negara yang mana saya memulakan karier menyanyi saya. Perasaan syukur saya terutamanya kuat buat para peminat Korea.”

Dalam pada itu, Jackson turut berkongsi mengenai perkembangan terbarunya yang mana dia bakal mengeluarkan single terbaru berjudul “Leave Me Loving You” pada 26 Mac ini.

Tambahnya lagi, “Saya selalu menulis skrip dan mengarahkan video muzik untuk album solo saya. Ia merupakan satu cabaran setiap kali saya melalukannya namun sangat menyeronokkan.”

Terdahulu, Jackson Wang mengumumkan bahawa labelnya Team Wang telah melakukan perjanjian bersama sebuah agensi dari Korea Selatan, Sublime untuk kerjasama global yang luas.

Turut berada bawah agensi tersebut ialah Youngjae, yang juga merupakan anggota GOT7.

 

Sumber: [1]