Isteri Shah Rukh Khan Kongsi Cara Didik Anak Dengan Suami

Isteri kepada Shah Rukh Khan, iaitu Gauri Khan berkongsi cerita tentang bagaimana beliau mengimbangkan antara kehidupan dan pekerjaan serta bergelar ibu kepada anak-anak mereka.

isteri shah rukh khan kongsi cara didik anak dengan suami

Menerusi satu temu ramah bersama media India, cerita Gauri, “Anak-anak saya Aryan dan Suhana agak tersusun dengan kuliah mereka.”

Namun lain pula buat anak bongsunya, Abram Khan yang kini hampir mencecah usia 8 tahun.

Ujar Gauri, suaminya sentiasa berusaha membahagikan tugas ibu bapa antara satu sama lain sekali gus membantunya menguruskan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

Luahnya, “Abram yang masih kecil memerlukan masa namun Shah Rukh dan saya, kedua-duanya mempunyai waktu yang cukup buatnya, jadi kami berkongsi tugas sebagai ibu bapa, ia memberi saya cukup masa untuk bekerja dan melakukan perkara yang disukai dan digemari saya. Segalanya berjalan lancar.”

Lanjutnya lagi, Gauri yang juga merupakan seorang pereka dalaman profesional mengakui bahawa keluarganya merupakan tunjang utama buat beliau.

Kongsinya, “Mereka sangat menyokong saya. Mereka selalu menjadi motivasi dan kekuatan saya untuk berkerja.”

Ketika ditanya mengenai mentor terbesar sepanjang hidupnya, beliau menjawab, “Keluarga saya telah menjadi inspirasi terbesar saya selama ini.”

 

Sumber: [1]