Isteri kepada mendiang bintang lagenda Bollywood Rishi Kapoor, iaitu Neetu Kapoor meluahkan perasaannya tentang bergelut dengan kematian pasangan tercintanya itu.
Menerusi satu temu ramah bersama media selebriti, Neetu yang juga ibu kepada pelakon terkenal Bollywood, Ranbir Kapoor, berkata, “Saya telah mengumpulkan keberanian untuk bekerja setelah Rishi meninggal dunia pada 2020. Saya mengatakan kepada diri sendiri bahawa kerja akan membantu saya mengatasi kesedihan saya. Itu satu-satunya cara untuk meneruskan kehidupan.”
Lanjutnya lagi, pandemik COVID-19 yang melanda sebenarnya membantu dirinya kerana dapat bersama dengan keluarga selama lebih dari enam bulan.
Menerusi satu entri di Instagram, Neetu yang juga merupakan ibu kepada pelakon ternama Bollywood, Ranbir Kapoor berkata 2020 ialah tahun yang sukar buatnya.
Pada April 2020 lalu, mendiang suaminya, Rishi Kapoor meninggal dunia setelah dunia tahun bertarung dengan barah.
Pasangan tersebut berkahwin pada 1980 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Riddhima Kapoor dan seorang cahaya mata lelaki, Ranbir Kapoor.
Dalam perkembangan lain, anak lelakinya yang juga merupakan teman lelaki kepada pelakon wanita popular Bollywood, Alia Bhatt, dikhabarkan telah dijangkiti wabak COVID-19 dan kini sedang berada dalam proses kuarantin kendiri.
Sumber: The Indian Express