IU Kongsi Perasaan Meniti Ambang 30-an

Penyanyi terkenal Korea Selatan, IU berkongsi mengenai perasaan terhadap umurnya yang semakin menghampiri ambang 30-an.

iu kongsi perasaan meniti ambang 30-an

“Saya mempunyai idea romantis mengenai usia 30 sejak saya muda,” ujarnya menerusi satu temu bual bersama media tempatan.

“Memandangkan usia 20 tahun hadir dengan begitu cepat sekali, saya ingat tak akanlah saya akan berkembang seperti Pokémon, dan kerana usia 30 terasa agak jauh sejak itu, saya mempunyai idea yang kabur bahawa saya akan menjadi seorang manusia yang ‘cool’.”

Tambahnya, dia berhasrat untuk mencapai perasaan kebebasan sebaik sahaja umurnya mencecah 30 nanti.

“Saya berharap saya dapat menjerit ‘Ahh!’ seolah-olah anda telah menyelesaikan tempoh peperiksaan. Saya boleh mengira dengan menggunakan tangan tentang beberapa kali saya berasa gembira untuk berteriak seperti itu. Sekarang juga saya boleh kira. Mungkin tiga?

“Kali pertama adalah selepas saya menamatkan peperiksaan pertengahan semester di sekolah menengah,” kongsinya.

“Saya belajar dengan bersungguh-sungguh hingga saat itu. Saya menyelesaikan semua peperiksaan saya dan sempat juga melakukan penandaan sementara dan dalam perjalanan pulang saya berfikir, ‘Ahh! Saya boleh pergi ke taman hiburan sekarang!’ Saya berasa seperti saya tahu apa itu erti kebebasan dan saya masih teringat bahawa saya akan menggila.”

Lanjutnya lagi, “Kali kedua adalah ketika g.o.d muncul di konsert saya sebagai tetamu.

“Buat pertama kali dalam hidup, mereka membuatkan saya bergelar peminat tegar terhadap seseorang.”

Pelantun lagu “eight” yang baru sahaja muncul dengan album kelimanya yang berjudul LILAC turut menambah, “Akhirnya, kali ketiga adalah ketika saya selesai mengerjakan lirik untuk album ini. Saya meletakkan telefon saya ke sofa dan berteriak, ‘Saya sudah menyelesaikannya!’.”

Ujarnya lagi, “Bila mana usia 20-an saya berakhir, saya ingin merasakan kebebasan sebegitu.”

Pada 25 Mac lalu, IU mengeluarkan album studio kelimanya berjudul LILAC.

Album yang dinanti-nantikan ramai itu memuatkan 10 buah lagu termasuk lagu kolaborasi antara IU bersama artis R&B terkenal dari Korea Selatan, iaitu DEAN.

 

Sumber: [1]