Hyeri Dedah Teman Lelaki, Ryu Jun Yeol Tak Pernah Lepas Walau Satu Episod Drama Lakonannya!

Pelakon Korea popular, Hyeri berkongsi bahawa teman lelakinya, yang juga pelakon, Ryu Jun Yeol merupakan antara penyokong terbesar dalam kerjayanya.

hyeri dedah teman lelaki, ryu jun yeol 'pantau' dirinya dalam setiap satu episod drama lakonannya

Hyeri yang baru melabuhkan tirai untuk drama lakonan terbarunya yang berjudul My Roommate is a Gumiho, mengakui bahawa teman lelakinya itu tidak pernah terlepas untuk menyaksikan drama lakonan terbarunya itu serta memantau prestasi lakonannya.

Katanya kepada satu media tempatan, “Dia tidak pernah terlepas walau satu episod dan memantau setiap satu daripadanya. Saya selamanya bersyukur.”

Pasangan pelakon itu mula berkawan sejak menjalani penggambaran bersama bagi drama Reply 1988 sebelum disahkan menjalin hubungan cinta antara satu sama sejak 2017.

Baru-baru ini, drama lakonan Hyeri, My Roommate is a Gumiho meledak popularitinya dengan episod akhirnya berjaya mencapai tambahan sebanyak 4% terhadap rating.

 

Sumber: [1]