Sebuah butik yang terletak di Taman Ria Jaya, Kedah menjadi tumpuan penduduk setempat apabila ia menawarkan baju raya dengan harga serendah RM10.
Kongsi pemilik butik tersebut, Natipah Abu, kepada satu akhbar tempatan, usaha tersebut adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat turut sama merasa pakaian baharu bersempena pagi hari Raya Aidilfitri pada minggu lalu.
Rata-ratanya, butik yang dikenali sebagai Butik Qasehku.com itu menjual pakai dan barangan terpakai dari harga RM10 hingga RM20, yang mana kebanyakannya masih berada dalam keadaan baharu dan berkualiti.
Malahan ada juga antara pakaian tersebut yang merupakan pakaian berjenama.
Difahamkan, pakaian dan barangan tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada penderma dari serata negara yang dihantar menerusi khidmat pos.
Kata Natipah, “Menyedari hakikat ramai yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19, kita menyediakan peluang dengan menyediakan peluang dengan menawarkan baju dengan harga paling murah bermatlamat agar semua orang boleh merasa.
“Kalau lihat antara baju yang dihantar penyumbang masih elok dan cantik, ada juga yang menghantar baju baharu kepada kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Natipah yang kerap melibatkan dirinya dalam kerja sosial turut berkongsi satu cerita berkenaan penjualan pakaian terpakai itu yang menyentuh hati.
“Baru sahaja kami didatangi seorang lelaki bersama kanak-kanak lelaki dengan wang kertas RM10 di tangan mencari baju Melayu untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.
“Pengalaman pengunjung sebegini yang membuatkan kami rasa sebak dan ingin memberi peluang beraya kepada lebih ramai orang yang memerlukan,”
Tambahnya lagi, semua hasil jualan terbabit akan disumbangkan kepada rumah anak yatim berserta aktiviti kebajikan lain.
Sumber: [1]