Biarpun pembelajaran dalam talian dianggap lebih praktikal, bagaimanapun ia sering dianggap sedikit sukar berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas secara fizikal.
Untuk mengatasi masalah tersebut, seorang guru bertindak menggunakan lantai rumahnya sebagai pengganti papan putih sebagai media pembelajaran.
Tindakan guru tersebut kemudian menjadi viral sehingga dipuji ramai warganet.
Menerusi akaun Tik Tok yang bernama @ainaabdn7, anak guru tersebut yang juga dikenali sebagai Aina berkongsi video ayahnya yang menulis tajuk pembelajaran di lantai rumah mereka.
Menurut Aina, tujuan ayahnya berbuat sedemikian adalah untuk memudahkan para pelajarnya di rumah mengenai topik yang diajarnya itu.
Biarpun telah dinasihati anaknya untuk menggunakan papan putih, ayah Aina bagaimanapun menolak dan sebaliknya, tetap berkeras untuk menggunakan lantai rumah mereka sebagai ‘papan putih’.
Ia adalah tidak lain tidak bukan dengan alasan untuk memudahkan para pelajar yang berada di dalam kelasnya memahami setiap coretan dan dapat mengira ukuran gambar dengan baik.
Sumber: [1]