Siapa nak sangka, setelah lebih satu dekad berserta 564 episod yang telah ditayangkan, tersiratnya satu ‘rahsia’ mengenai program realiti kegemaran ramai, Running Man.
Baru-baru ini, menerusi episod terbaru Running Man, Kim Jong Kook berkongsi yang Ji Suk Jin menjadi lebih bersemangat setelah menghadiri acara bersama peminat di luar negara, yang mana Ji Suk Sin tidak menahan tawanya setelah Kim Jong Kook berkongsi perkara tersebut.
Tidak lama selepas itu, perbualan mereka beralih kepada kenangan lama yang dilalui mereka ketika Running Man masih berada di waktu-waktu awal penayangannya.
Kisahnya bermula pada 2011, apabila barisan Running Man terbang ke Thailand untuk menjalani penggambaran bagi program tersebut.
Namun, mereka pergi ke negara tersebut dalam keadaan sedih berikutan kesemua ahli diberitahu bahawa program tersebut akan berakhir tidak lama lagi, seminggu sebelum jadual penerbangan mereka.
Susulan itu, mereka turut beranggapan bahawa episod yang dirakamkan di Thailand itu bakal menjadi yang terakhir untuk mereka, sekali gus membuatkan mereka bersungguh sepanjang menjalani penggambaran di situ.
Bagaimanapun, sambutan yang diterima setibanya mereka di lapangan terbang Thailand amat mengejutkan!
Ramai peminat mengerumuni mereka sepanjang berada di lapangan terbang tersebut sehingga ada antara ahli Running Man yang menyangkakan sekiranya ia adalah prank kamera tersembunyi yang disengajakan oleh krew program terbabit!
Kim Jong Kook bagaimanapun meluahkan mengenai perasaan syukurnya terhadap para peminat luar negara, kerana dia percaya, sokongan daripada mereka adalah antara penguat yang menyebabkan program itu kekal diteruskan.
Sumber: [1]