Ed Sheeran Derma Lebih RM 5 Juta Untuk Melawan COVID-19

ed sheeran derma lebih rm 5 juta untuk melawan covid-19

Penyanyi British terkenal, Ed Sheeran telah mendermakan £1 million (lebih RM 5 juta) kepada beberapa badan amal di kawasannya.

Pencipta dan penyanyi lagu Shape Of You itu berada di Suffolk dan dilaporkan telah menyalurkan sumbangan di kawasan tersebut beberapa minggu lepas. Beliau telah membahagikan wang itu kepada beberapa badan amal yang berusaha mengekang pandemik COVID-19.

Menurut laporan, beliau telah mendermakan wangnya kepada wad hospital di sebuah tempat bernama Ipswich.

Berdasarkan sumber dalaman dan diterbitkan oleh akhbar The Sun, Ed Sheeran mahu menyumbang ketika dunia sedang berada di dalam kesusahan.

Penduduk sekitar menyatakan rasa terima kasih kepada penyanyi berusia 29 tahun itu atas keprihatinan beliau.

Wow, banyak gila Ed Sheeran bagi!

Sumber: OMAHA