Hubungan antara Cristiano Ronaldo dan rekod baru bola sepak yang dicipta dari masa ke masa ibaratnya tiada berpisah. Biarpun hampir dua dekad bermain, namun bintang bola sepak dunia yang kini berusia 36 tahun itu kekal bersinar sebagai salah satu pemain hebat di liga.
Sepanjang kariernya, Ronaldo telah mencatat beberapa kejayaan dalam Kejuaraan Eropah dengan memecahkan beberapa rekod selain membantu Portugal meraih gelaran juara dalam liga tersebut pada 2016.
Berikut merupakan antara pencapaian hebat pemain bola sepak itu sepanjang terlibat dalam kejohanan terbabit:
11 – Gol terbanyak dijaringkan dalam Kejuaraan Eropah, sekali gus membelakangi rekod terdahulu yang diciptanya sendiri iaitu sebanyak 9 gol hinggakan seri dengan Michel Platini, bekas pemain bola sepak Perancis
31 – Gol terbanyak yang pernah dijaringkan dalam kempen kelayakan Euro
22 – Permainan terbanyak yang pernah dimainkan di Kejuaraan Eropah
1793 – Minit terbanyak yang pernah dimainkan di Kejohanan Eropah (sebelum EURO 2020)
Sumber: [1] [2]