Disamakan Dengan Aktres Jelita, Isteri Kang Gary Curi Perhatian

Baru-baru ini, isteri kepada bekas peserta Running Man iaitu Kang Gary, menjadi sebutan ramai kerana rupa parasnya yang menawan.

disamakan dengan aktres jelita, isteri kang gary curi perhatian

Terdahulu, wanita jelita yang bernama Kim Se Eun pernah mencuri perhatian media  apabila Gary akhirnya mendedahkan wajah isteri dan anaknya. Namun kali ini, apa yang menangkap perhatian ramai adalah dirinya yang dikatakan mirip dengan pelakon A-list iaitu Lim Soo Jung.

Mereka dikatakan mempunyai pelbagai persamaan misalnya dari segi perwatakan mereka yang lembut, berambut pendek dan senyuman masing-masing yang menyerupai satu sama lain.

disamakan dengan aktres jelita, isteri kang gary curi perhatian

disamakan dengan aktres jelita, isteri kang gary curi perhatian

Terdahulu, Gary yang pernah menempa nama menerusi rancangan realiti popular, Running Man mengejutkan ramai apabila dia berkongsi telah berkahwin dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada 2017.

Tidak lama selepas itu, pasangan tersebut menimang cahaya mata mereka dan menjalani kehidupan bersama secara sederhana dan bahagia di samping satu sama lain.

Pada 2019, Gary akhirnya mendedahkan wajah isterinya. Wanita tersebut dikatakan pernah bekerja di syarikat pengurusan Gary selama lima tahun yang akhirnya membawa kepada perkenalan antara pasangan tersebut.

 

Sumber: [1]