"Di Medan Pertempuran Saya Tetap Azizul Macam Biasa" - Azizulhasni Awang

Atlet berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mendapat suntikan semangat sebelum bersaing dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila dianugerahkan darjah kebesaran, Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

di medan pertempuran saya tetap azizul macam biasa - azizulhasni awang

Bagaimanapun, atlet yang mesra dengan gelaran The Pocket Rocketman itu akui bahawa pingat emas Sukan Olimpik Tokyo yang bakal membuka tirai 23 Julai ini kekal menjadi keutamaannya.

“Walaupun terima anugerah yang besar ini, di medan pertempuran saya tetap Azizul macam biasa, tetap The Pocket Rocketman.

“Misi saya tidak berubah malah penganugerahan ini seperti motivasi tambahan untuk saya berjuang habis-habisan di sana.

“Seperti sedia maklum, saya adalah salah seorang prospek untuk membawa pulang pingat emas. Tekanan itu kian terasa tapi Alhamdulillah semuanya begitu tenang, berjalan lancar.

“Penganugerahan ini membakar lagi semangat saya yang berkobar-kobar ini,” ujarnya kepada Astro Arena.

“Perasaan saya bercampur baur sebab terkejut, gembira, terharu dan juga tidak sangka diberi anugerah terbesar ini khususnya daripada sultan negeri Terengganu sendiri.

“Ini satu penghargaan terbesar untuk diri dan karier saya,” kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu kepada satu media tempatan.

 

Sumber: [1]