David Beckham Bakal Tampil Dengan Rancangan Sendiri

Pemain bola sepak legenda dunia, David Beckham bakal mempunyai sirinya yang tersendiri, Save Our Squad di salah satu platform penstriman terkenal, Disney +.

david beckham bakal tampil dengan rancangan sendiri

Menerusi siri tersebut, bintang sukan berpengaruh itu bakal membimbing pasukan bola sepak yang terdiri daripada barisan pemain muda untuk beraksi di liga amatur mereka.

“Saya sangat beruntung kerana mempunyai karier bermain yang panjang dan berjaya dan sekarang mempunyai peluang untuk memberikan kembali kepada komuniti ini sebagai mentor, ia merupakan sesuatu yang luar biasa,” ujarnya.

David Beckham pertama kali membuat debut sebagai pemain bola sepak menerusi pasukan Manchester United pada 1992.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan tersebut, beliau pernah beraksi sebagai kapten pasukan England, membuat 115 penampilan mewakili negaranya serta merangkul enam gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Selain itu, Beckham juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak popular misalnya Real Madrid, Los Angeles Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-German.

Di samping kehebatannya bermain bola sepak di padang, nama David Beckham juga sering menjadi sebutan dalam radar selebriti kerana hubungan perkahwinannya bersama pasangan Victoria Beckham yang merupakan bekas anggota kumpulan gadis popular UK, Spice Girl.

 

Sumber: [1]