Chong Wei Pertahan Atlet Malaysia Daripada Terus Dikecam, 'Tiada Siapa Yang Nak Kalah'

Wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tampil mempertahankan barisan pemain badminton negara yang tewas di gelanggang Olimpik semalam berikutan terdapat segelintir netizen yang mengecam mereka.

chong wei pertahan atlet malaysia daripada terus dikecam, 'tiada siapa yang nak kalah'

Akuinya, sebagai bekas rakan sepasukan, beliau turut ‘terasa’ dengan kecaman yang diterima mereka.

“Apa yang saya mahu katakan ialah saya kenal semua pemain ini. Mereka pergi ke gelanggang dengan satu sasaran, satu matlamat.

“Tiada atlet yang mahu kalah, tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan pasti ada satu (pihak) yang kalah, satu (pihak) yang menang,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram peribadi beliau.

"Yang layan depan TV pun dah heart attack kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah sepatutnya kita memberi sokongan kepada mereka?

"Tiada siapa yang mahu ke gelanggang untuk kalah. Pemain ini turut membawa kegembiraan kepada anda sebelum ini. Jangan kutuk dan tinggalkan mereka apabila mereka kalah satu perlawanan,” tambah beliau.

Ahad lalu, negara terpaksa akur terhadap kekalahan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu wanita Chow Mei Kurang-Lee Meng Yean yang tewas di perlawanan kedua peringkat kumpulan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Di sebalik perkhabaran menyedihkan itu, rakyat Malaysia bagaimana dihadiahkan dengan kemenangan Lee Zii Jia dalam perlawanan pertama Kumpulan M setelah berjaya menundukkan wakil Ukraine, Artem Pochtarov.

 

 

Sumber: [1]