Bukti Nasib Boleh Berubah! Lelaki Ini Dahulunya Gelandangan, Kini Miliki Lebih 100 Buah Rumah

Tiada sesiapa yang dapat meramal perjalanan hidup seseorang, sama seperti kisah bekas gelandangan ini.

bukti nasib boleh berubah! lelaki ini dahulunya gelandangan, kini miliki lebih 100 buah rumah

Siapa sangka lelaki yang dahulunya seorang gelandangan ini kini mempunyai kerjaya yang berjaya sehingga dia mampu membeli lebih dari 100 buah rumah.

Memetik perkongsian Daily Star, lelaki bernama Nick Mocuta itu pada mulanya memilih untuk berpindah dan memulakan kariernya di Amerika Syarikat hanya dengan berbekalkan wang pemberian neneknya sebanyak RM2,042.

Oleh kerana wangnya yang terhad, lelaki asal Romania itu tidur di bangku taman selama bertahun-tahun kerana tidak mampu menyewa tempat tinggal.

Kehidupannya sukar dan hanya bergantung pada makanan murah sebagai pengisi perut.

Bukan itu sahaja, ketika berpindah ke Amerika Syarikat, Nick hanya berusia 21 tahun dan tidak fasih berbahasa Inggeris.

Tetapi yang pasti, lelaki itu menyimpan impian dan keyakinan yang tinggi sehingga dia akhirnya berjaya menjalani kehidupan yang berjaya.

“Teksi pertama yang saya naiki ke bandar menelan belanja saya sekitar RM408 dan ia meninggalkan saya sekitar RM1,663 untuk diri saya – itulah perkara yang mengejutkan saya, saya tidak akan melupakannya,” kongsi Nick.

Selepas beberapa bulan berada di Amerika Syarikat, Nick akhirnya berjaya mendapat pekerjaan.

Walaupun gaji rendah, dia berupaya sehabis mungkin untuk menjimatkan wangnya dan menyewa sebuah apartment kecil hasil daripada gajinya itu.

Namun, Nick ialah seorang yang susah untuk berpuas hati.

Justeru, dia kemudian berusaha mendapatkan lesen broker hartanah.

Pada 2013, Nick kemudian memutuskan untuk memulakan usaha baru yang secara tidak dijangka mengubah hidupnya.

Selepas 16 tahun menetap di Amerika Syarikat, Nick yang berusia 37 tahun pada ketika itu mula menjual barangan seperti telefon bimbit dan sarung telefon bimbit yang diimport dari China melalui eBay yang mana, selepas enam bulan menjalankan perniagaan, Nick berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM15,313 sebulan.

Selepas mendapati perniagaan tersebut lebih menguntungkan, Nick berhenti bekerja sebagai broker dan menumpukan perhatian kepada perniagaan e-dagang miliknya.

Tanpa diduga, sembilan tahun kemudian, Nick berjaya menjadi warga Amerika Syarikat yang memiliki beberapa kedai dalam talian dan memperoleh pendapatan sekitar RM16,772,011.

“Saya fikir sebab saya berjaya adalah kerana saya tidak pernah takut untuk kalah, hanya kerana saya tidak mencuba. Saya sangat gigih dan tidak pernah berputus asa. Saya gagal tujuh kali, saya bangun lapan kali,” jelasnya.

Kini, Nick mempunyai kira-kira 100 buah kediaman di Amerika Syarikat dan Romania serta empat buah kereta mewah.

Kehidupannya telah berubah secara drastik.

Tetapi yang pasti, segala yang terjadi pada Nick adalah berkat usahanya sendiri yang tidak pernah putus-putus.

 

Sumber: [1]