Bolot 7 Pingat Sekaligus Di Tokyo, Kenali Atlet Luar Biasa Yang Menjadi Kebanggaan Australia Ini!

Dalam kehangatan Sukan Olimpik Tokyo 2020, seorang atlet wanita dari Australia turut mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau berjaya membolot sebanyak tujuh pingat dari temasya sukan itu.

bolot 7 pingat sekaligus di tokyo, kenali atlet luar biasa yang menjadi kebanggaan australia ini!

Emma McKeon, pada Ahad lalu diangkat sebagai perenang wanita pertama yang memenangi tujuh pingat hanya dalam satu temasya Sukan Olimpik!

Memetik laporan Anadolu Agency, atlet berusia 27 tahun itu pertama kali memenangi acara gaya bebas 50 meter dengan catatan masa 23.81 saat, sekali gus memecah rekod baru Olimpik.

Kejayaannya tidak terhenti hanya di situ. Perenang wanita itu kemudian, malahan membantu pasukan negaranya, memenangi pingat emas dalam acara medley relay 4x100!

Pasukan yang dianggotai McKeon berjaya menyelesaikan acara terbabit dengan catatan masa cemerlang iaitu, 3 minit 51.60 saat, sekali gus memecahkan rekod Olimpik sebelumnya oleh Amerika Syarikat pada 2012, iaitu 3 minit 52.05 saat.

Kemenangan yang dirangkul McKeon sepanjang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal membuatkannya pulang ke negara dengan sejumlah empat pingat emas dan tiga gangsa.

Dua pingat emas lain yang dimenangi McKeon di Tokyo adalah daripada acara gaya bebas 100 meter wanita, gaya bebas 4x100 meter wanita, sementara lagi tiga pingat gangsa pula adalah daripada acara rama-rama 100 meter wanita, gaya bebas 4x200 meter dan medley campuran 4x100 meter.

Kemenangan tersebut juga meletakkannya setaraf dengan bekas atlet gimnastik, Maria Kondratyevna Gorokhovskaya, yang merupakan satu-satunya wanita pertama yang memenangi tujuh pingat dalam satu Sukan Olimpik iaitu menerusi Sukan Olimpik Musim Panas 1952.

Terdahulu, ketika Sukan Olimpik Rio 2016, McKeon pernah meraih satu pingat emas, dua pingat perak, dan satu pingat gangsa.

 

Sumber: [1]