Bintang Running Man Buka Cerita Mengenai Kehidupan Bujang

Menerusi episod terbaru Running Man, bintang rancangan tersebut iaitu Kim Jong Kook dan Yang Se Chan membuka cerita mengenai kehidupan bujang mereka.

bintang running man buka cerita mengenai kehidupan bujang

Ketika barisan Running Man sedang rancak berborak antara satu sama lain, Yang Se Chan mengejutkan ahli-ahli lain apabila dia mendedahkan dirinya sudah dua tahun tidak mempunyai teman wanita.

Dia juga berkongsi yang dia tidak mempunyai sesiapa dalam fikiran sekarang dari segi calon teman wanita.

“Saya tidak mempunyai senarai orang yang saya minati atau apa-apa,” katanya.

“Tidak ada wanita yang saya lihat dari sudut itu, dan tiada seorang pun sama sekali. Sudah lebih dua tahun sejak saya tidak bercinta dengan sesiapa,” tambahnya lagi.

“Ramai orang menawarkan untuk menjodohkan saya, tetapi anehnya, saya terus berasa ragu-ragu dan mempertimbangkan banyak hal. Saya tidak tahu mengapa. Saya menjadi pelik. Kalau dahulu, saya ada sahaja mencari dan bertemu dengan seseorang setiap kali ada orang cuba menjodoh-jodohkan saya, namun saya tidak seperti itu lagi,” akui Yang Se Chan.

Ji Suk Jin kemudian mencelah dengan berkata, “Biar saya beri awak satu nasihat. Ini berlaku bukan hanya terhadap awak, tetapi juga pada Jeon So Min dan Song Ji Hyo.

“Berjumpa dengan ramai orang selagi awak boleh. Setelah berkahwin, awak perlu berbakti kepada keluarga awak, jadi awak mesti kenali ramai orang terlebih dahulu.

“Awak perlu berjumpa dengan ramai manusia untuk mengetahui jenis orang yang ingin menghabiskan keseluruhan hidup bersama,” katanya.

Kemudian, Jin Suk Jin bertanya pula pada Kim Jong Kook, “Jong Kook, awak juga harus berjumpa dengan lebih ramai orang. Kenapa kamu tidak keluar dengan sesiapa?”

Kim Jong Kook menjawab, “Pada usia saya, ia sangat menakutkan untuk bertemu dengan orang baru.”

Celah Jeon So Min, “Saya pernah mengajak Kim Jong Kook untuk bertemu dengan seseorang, tetapi dia mengatakan tidak. Berjumpa dengan wanita itu pun dia tak nak.”

“Ketika seseorang ingin menjodohkan saya, ia membuat saya ingin melarikan diri,” kata Kim Jong Kook.

 

Sumber: [1]