Belajar Melukis Sejak Usia 2 Tahun, Anjing Ini Dah Berjaya Meraih Pendapatan Lebih Dari RM80 Ribu!

Seekor anjing berusia sembilan tahun meraih pendapatan sendiri hanya dengan menggunakan bakat melukisnya.

belajar melukis sejak usia 2 tahun, anjing ini dah berjaya meraih pendapatan lebih dari rm80 ribu!

Ivy, yang merupakan anjing peliharaan Lisa Kite, 58, tinggal di North Carolina, Amerika Syarikat bersama tuannya itu.

Ivy, telah diajar oleh Lisa untuk melukis sejak usianya berusia hanya dua tahun, yang mana perangainya yang mudah patuh pada tuan membuatkannya ia berjaya belajar melukis dengan cepat.

Pada mulanya, Lisa mengajarnya dengan menggunakan pelbagai jenis cat, bermula dengan cat air sebelum beralih ke cat akrilik.

“Tidak memerlukan waktu lama untuk mengajar melukis; dia melukis dalam waktu seminggu,” ungkap Lisa.

Walaupun Lisa bukanlah seorang seniman, namun menurutnya, dia merasa puas dengan hasil karya Ivy.

Setiap Isnin, dia akan menetapkan hari melukis bagi Ivy.

Mengimbas kembali hasil karya terawal Ivy, lukisannya mempunyai pelbagai nama bermula dari “Meringue” hingga “Jungle Cat”.

Harganya juga berbeza yang mana karya seninya yang paling mahal pernah dijual pada harga RM2,046.

Ivy yang kini berusia 9 tahun telah menghasilkan banyak karya dan kini telah menerima lebih dari RM84,696 daripada lukisannya.

Wang yang diperoleh bagaimanapun, digunakan Lisa untuk disumbangkan kepada badan amal.

Menurut Lisa, tiada sasaran jumlah lukisan yang ditetapkan olehnya kepada Ivy, asalkan ia bahagia, selain bebas menentukan masa sendiri untuk melukis.

 

Sumber: [1]