Bekas Puteri Jepun Kini Bekerja Di Muzium Amerika, Manfaatkan Ijazah Bidang Seni

Bekas puteri Jepun, Mako Komuro ditemui bekerja di Muzium Seni Metropolitan yang terkenal di New York selepas meninggalkan kehidupan dirajanya untuk berkahwin bersama pasangan kekasih yang dikenali dari zaman kolej.

bekas puteri jepun kini bekerja di muzium amerika, manfaatkan ijazah bidang seni

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka dan berpindah ke Amerika Syarikat sekitar lewat tahun lalu.

Mako, yang memilih untuk tidak menonjolkan diri di kota metropolis itu, dikreditkan dalam entri katalog untuk pameran lukisan di koleksi seni Asia muzium tersebut yang mana dia dikatakan bekerja sebagai sukarelawan, menurut Japan Times.

Terdahulu, bekas puteri yang berusia 30 tahun itu pernah melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah seni di universiti sebelum berusaha mencari kerja di persada New York selepas melepaskan status kerabat dirajanya sebagai sebahagian daripada keluarga empayar Jepun.

Atas kerelaannya sendiri, Mako dikatakan menolak bayaran kira-kira AS$1.35 juta (RM5,708,475) yang kebiasaannya akan diberikan kepada individu yang melepaskan status kerabat diraja mereka di negara tersebut.

Sebelum ini, Mako, yang kini menggunakan nama keluarga suaminya Komuro, telah menghabiskan lima setengah tahun terakhir dengan bekerja di sebuah muzium di Universiti Tokyo.

Mako Komuro pernah melanjutkan pengajian dalam bidang seni dan warisan budaya di Universiti Kristian Antarabangsa Tokyo, tempat beliau bertemu dengan suaminya sekarang.

Beliau juga pernah menghadiri Universiti Edinburgh selama setahun bagi mempelajari sejarah seni, dan lulus dari Universiti Leicester pada 2016 dengan ijazah sarjana dalam muzium seni dan kajian galeri.

 

Sumber: [1]