Bekas Pesakit COVID-19 Anggap Diberi Peluang Kedua, Tekad Bantu Gelandangan

bekas pesakit covid-19 anggap diberi peluang kedua, tekad bantu gelandangan

Apabila disahkan dijangkiti COVID-19 pada Mac lalu, lelaki ini terus merasakn kehidupannya berubah sepenuhnya. Semenjak daripada itu, pemilik nama Khairol Najmi Roslan 30 tahun telah nekad untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Beliau menceritakan kepada Astro Awani bahawa beliau disahkan positif wabak tersebut selepas pulang melancong dari luar negara pada bulan yang sama. Namun, beliau berjaya melawan wabak tersebut selepas menjalani proses rawatan dan kuarantin di hospital.

Selepas sahaja pulih sepenuhnya, beliau bertekad untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan khusunya mereka yang tidak ada duit untuk membeli makanan sepanjang tempoh PKP.

Usahanya itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak persendirian dan juga syarikat yang mahu sama-sama menyumbang wang tunai serta barangan keperluan asas kepada golongan gelandangan selama tempoh PKP ini berjalan.

"Hari ketiga diperiksa, saya negatif. Saya rasa dapat satu semangat baru apabila sudah sembuh dari COVID-19 ini, sebah penyakit ini boleh membawa maut.

"Jadi, kita pun sujud syukur untuk kehidupan baru ini. Rasa macam dapat hidup yang kedua selepas itu, dan rasa hendak membantu orang-orang yang tidak mampu," katanya.

Sumber: Astro Awani