Bekas Kekasih Teddy Park, Pelakon Han Ye Seul Kini Temui Pengganti Berusia 10 Tahun Lebih Muda

Sering kali tindakan kebanyakan selebriti Korea merahsiakan mengenai hubungan percintaan mereka adalah merupakan satu kebiasaan kerana khuatir akan mencetuskan respons negatif dalam kalangan peminat.

bekas kekasih teddy park, pelakon han ye seul kini temui pengganti berusia 10 tahun lebih muda

Namun lain pula untuk pelakon cantik Han Ye Seul, juga merupakan bekas kekasih kepada penerbit muzik popular, Teddy Park, yang baru-baru ini memperkenalkan kekasih barunya menerusi entri di Instagram secara peribadi.

Pada Khamis lalu, Han Ye Seul memuat naik beberapa keping foto yang memperlihatkannya menjamu selera.

Tetapi, pada foto yang terakhir dalam entri terbabit, ia menunjukkan seorang jejaka yang merupakan kekasih pelakon wanita berusia 39 tahun itu. Tertulis pada foto tersebut ialah kapsyen yang berupa, “Kekasihku”.

Susulan itu, ramai pengikut Han Ye Seul segera membanjiri ruangan komen Instagramnya dengan ucapan tahniah. Tambah lagi, ramai juga yang mengatakan bahawa rupa kekasih baru Han Ye Seul hampir menyerupai pelakon Lee Je Hoon.

Bagaimanapun, sejak mendedahkan perkara tersebut kepada dua juta pengikutnya di Instagram. pelakon wanita tersebut memilih untuk tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.

bekas kekasih teddy park, pelakon han ye seul kini temui pengganti berusia 10 tahun lebih muda

Menurut perkongsian media tempatan, kekasihnya itu dikatakan bernama Ryu Sung Jae, yang merupakan seorang pelakon teater terkenal dalam dunia muzik. Difahamkan, Ryu Sung Jae berpengalaman dalam memimpin produksi teater antaranya termasuklah “Lucky Romance”, “In the Burning Darkness” dan banyak lagi.

Yang paling menangkap perhatian adalah, pemuda tersebut juga dianggarkan berusia 10 tahun lebih muda daripada Han Se Yeul yang dilahirkan pada 1981. Sementara itu, kekasihnya itu dilaporkan sebagai pelakon yang lahir pada 1991.

Terdahulu, nama Han Se Yeul turut menjadi sering menjadi sebutan media Korea sepanjang dia menjalinkan hubungan percintaan bersama penerbit muzik popular yang terkenal dalam menghasilkan lagu-lagu hits barisan YG Entertainment iaitu, Teddy Park.

Namun hubungan tersebut hanya bertahan dari 2013 hingga 2016.

 

Sumber: [1]