Bekas Anggota Miss A, Suzy Kini Lebih Suka Bersendirian

Aktres popular dan bekas anggota miss A, Suzy mendedahkan bahawa dia kini meluangkan kebanyakan masanya dengan berehat sejak tamatnya salah satu drama popular lakonannya, Start-Up.

bekas anggota miss a, suzy kini lebih suka bersendirian

Menurutnya, ini merupakan kali pertama yang mana dia menghabiskan sebahagian besar daripada waktunya di rumah sejak debut setelah mengatur susunan jadualnya baru-baru ini.

Jelasnya, “Sebelumnya, saya merupakan seseorang yang tidak tahan dengan masa kosong. Saya berasa seperti harus terus bekerja, dan saya berasa cemas sekiranya saya mempunyai waktu rehat seperti ini. Namun, sekarang saya sedar bahawa waktu rehat memberi lalu untuk mempersiapkan langkah yang seterusnya.”

Tambahnya lagi, kini dia lebih banyak menghabiskan masa untuk dirinya sendiri.

“Ketika saya melihat ruang yang menjadi bersih setelah dibersihkan atau tanaman yang tumbuh dengan baik melalui jagaan saya, saya merasakan begitu banyak kebahagiaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.”

Selain itu, dia turut menambah bahawa sepanjang musim ini, dia mempunyai keinginan untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan yang indah.

“Ia adalah emosi yang tidak dapat saya rasakan ketika saya sibuk, tetepi ketika saya melihat sekeliling saya dengan masa yang terluang, bahkan kehidupan seharian yang normal kelihatan berbeza.”

Akui dirinya tidak mahu rasa tercabar dengan langkah orang lain, katanya, “Saya rasa setiap orang mempunyai irama mereka yang tersendiri. Saya mahu berjalan diam-diam tanpa perlu berasa terperangkap dalam perubahan rentak di sekeliling saya, lebih memfokuskan pada apa yang saya suka dan diri saya. Kerana ini adalah kehidupan saya sendiri dan bukannya kehidupan orang lain.”

 

Sumber: [1]