Begini Caranya Selebriti Terkenal Korea Kekal Relevan Ketika Menjalani Perkhidmatan Ketenteraan

Pernah tak anda tertanya-tanya tentang bagaimana seseorang selebriti lelaki dari Korea Selatan itu kekal relevan walaupun terikat dengan undang-undang negara yang mewajibkan mereka untuk menyertai aktiviti ketenteraan?

begini caranya selebriti terkenal korea kekal relevan ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan

Baru-baru ini, ketika berlakunya promosi untuk salah satu filem berjudul Seobok lakonan seorang pelakon popular dari negara tersebut, iaitu Park Bo Gum, tidak kelihatan kelibatnya langsung, biarpun teraju utamanya merupakan pelakon yang kini berusia 28 tahun itu.

Yang hanya kelihatan hanyalah teraju bersama filem tersebut, iaitu Gong Yoo (Train to Busan & Goblin).

Jelas sekali sebabnya adalah kerana Park Bo Gum yang kini sedang menjalankan perkhidmatan ketenteraannya dalam bahagian Angkatan Laut sejak Ogos tahun lalu.

Namun, ketiadaan Park Bo Gum dalam industri hiburan pada ketika itu ternyata tidak begitu terasa kerana sebelum dia memasuki perkhidmatan terbabit, dia sempat menjalani penggambaran untuk beberapa drama bersiri.

Antaranya termasuklah drama bersiri Record of Youth yang ditayangkan sebulan selepas kemasukannya ke dalam perkhidmatan ketenteraan, filem Seo Bok yang kini berada di pawagam dan seterusnya filem Wonderland yang dijangka akan ditayangkan menjelang akhir tahun ini.

Hampir 10 bulan berada dalam perkhidmatan ketenteraannya, kehadiran Park dalam dunia lakonan seolah-olah masih terasa oleh pengikutnya.

Biarpun mereka yang terlibat dalam ketenteraan tidak dapat melakukan usaha menjana wang semasa berlangsungnya tempoh perkhidmatan mereka, namun difahamkan bahawa Kementerian Pertahanan Nasional Korea Selatan tidak menyekat pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan yang disiapkan sebelum bermulanya perkhidmatan mereka.

begini caranya selebriti terkenal korea kekal relevan ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan

Tambahan lagi, Park bukanlah satu-satunya selebriti lelaki Korea yang mengeluarkan projek semasa berkhidmat sebagai tentera.

Terdahulu, penyanyi Lee Seung Gi, Park Yoo Chun dan Kim Jae Joong mengeluarkan lagu-lagu yang telah mereka rakamkan terlebih dahulu, ketika berkhidmat sebagai sebahagian daripada anggota ketenteraan.

Bahkan, Lee juga sempat menyelesaikan penggambaran untuk filemnya yang berjudul The Princess and the Matchmaker sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan, biarpun pada akhirnya, filem terbabit tetap sahaja dilancarkan sesudah selesainya dia berkhidmat sebagai anggota tentera.

 

Sumber: [1]