Bagai Impian Jadi Kenyataan, MGK Pernah Berangan Nak Kahwin Dengan Megan Fox Waktu Muda!

Bagai impian jadi kenyataan. Siapa sangka penyanyi rap Amerika Syarikat, Machine Gun Kelly yang juga merupakan kekasih Megan Fox, sebenarnya telah menyimpan hati terhadap pelakon jelita itu sejak zaman mudanya lagi!

bagai impian jadi kenyataan, mgk pernah berangan nak kahwin dengan megan fox waktu muda!

Menerusi temu bualnya bersama majalah GQ, Kelly, atau nama sebenarnya Colson Baker, mengakui bahawa dia telah lama mempunyai ‘celebrity crush’ pada Megan Fox dan pernah menggantung poster pelakon Transformers itu di dalam biliknya 13 tahun yang lalu!

Lebih mengujakan, Kelly juga berkongsi kepada rakan sekolahnya yang dia pernah menyatakan hasrat untuk mengahwini ‘celebrity crush’-nya itu suatu hari nanti, dan sepertinya, ia kian menjadi kenyataan.

Kelly dan Fox pertama kali bertemu dan mengenali antara satu sama dengan lebih mendalam ketika mereka menjalani penggambaran untuk sebuah filem thriller Midnight in the Switchgrass pada tahun lalu.

Sejak dari itu, pasangan tersebut sentiasa mencuri perhatian ramai hampir ke mana-mana sahaja mereka pergi.

 

Sumber: [1]