Penyanyi ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari mengimbas kembali kenangan empat tahun lalu ketika beliau mempersembahkan lagu "Love Story" di hadapan dan khas buat Allahyarham BJ Habibie.
Menerusi entri di Instagram, tulis Bunga, "Hari ini empat tahun lalu. Tepatnya tahun 2017, saat aku menyanyikan "Love Story" untuk almarhum Eyang Habibie dan Eyang Ainun.
"Betapa perjalanan cinta mereka masih terasa begitu menyentuh dan menginspirasi kita semua sampai saat ini."
Terdahulu, Bunga mengeluarkan single terbarunya "Love Story" sempena memperingati Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan sakit jantung.
Lagu yang pernah dipersembahkan secara langsung di hadapan Allahyarham BJ Habibie itu merupakan nyanyian semula buat lagu "(Where Do I Begin) Love Story" dendangan penyanyi asal, Andy Williams pada 1971.
Ketika riwayatnya, Allahyarham BJ yang juga merupakan bekas presiden ketiga Indonesia amat diraikan atas kisah dan cintanya yang setia terhadap Allahyarham isterinya, Ainun Habibie.
Sumber: Instagram