Atlet Bola Tampar Jepun Curi Perhatian Ramai Gadis, Dikatakan Iras Rangga Ada Apa Dengan Cinta

Gara-gara rupa parasnya yang kacak, seorang atlet kebangsaan bola tampar Jepun, Ran Takahashi, dengan tidak semena-mena menarik perhatian ramai gadis dari serata dunia setelah bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

atlet bola tampar jepun curi perhatian ramai gadis, dikatakan iras rangga ada apa dengan cinta

Tidak ketinggalan, terdapat sebilangan warganet di Indonesia menyamakannya atlet itu dengan pelakon ternama, Nicholas Saputra, yang pernah popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta.

Bagaimanapun, di sebalik wajah yang tampan itu, Ran Takahashi merupakan bintang termuda dalam dunia bola tampar di negara kelahirannya.

Dilahirkan pada 2 September 2001 di Jepun, Ran Takahashi memiliki darah kacukan yang mana ibunya merupakan campuran Jepun dan Jerman, sementara ayahnya pula berasal dari keturunan Amerika Syarikat dan Inggeris.

Perjalanan Ran sebagai seorang pemain bola tampar bermula di zaman persekolahan, iaitu ketika dia mengunjungi gimnasium untuk melihat latihan abangnya bermain, yang mana jurulatih terbabit kemudian meminta Ran agar turut serta.

Potensinya sebagai atlet bola tampar mula digilap dari situ; ketika zaman sekolah menengah, Ran dilantik pula sebagai kapten pasukan di tahun ketiganya.

Beliau akhirnya dipilih untuk menyertai pasukan kebangsaan pada Februari 2021 yang kemudian membawanya untuk mewakili Jepun dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain hebat dalam sukan bola tampar, pelajar Universiti Sains Sukan Nippon yang memiliki ketinggian 188 cm itu juga dikatakan gemar memain muzik terutamanya gitar.

Difahamkan yang Ran sememangnya membesar dalam keluarga yang gemarkan sukan bola tampar, yang mana adik-beradiknya yang lain juga merupakan atlet bola tampar.

Namun, yang mencuit hati ialah namanya ‘Ran’ diberikan ayahnya yang merupakan peminat sukan besbol.

Memetik informasi dari laman rasmi Olimpik, Ran pernah mengujar, “Saya diberi nama ‘home run’ oleh ayah saya yang merupakan peminat besbol.”

 

Sumber: [1]