Ariel NOAH Mengaku Pernah Tangkap Cintan Dengan BCL

Penyanyi Indonesia popular, Ariel NOAH mengaku bahawa dia pernah ‘jatuh cinta’ dengan sahabat artis, Bunga Citra Lestari.

ariel noah mengaku pernah tangkap cintan dengan bcl

Menurutnya, perkara tersebut terjadi ketika mereka menjalani penggambaran untuk video muzik terbaru, “Mencari Cinta” yang mana dia mengaku terbawa-bawa dengan perasaannya sendiri.

Dalam muzik video tersebut, terdapat adegan yang mana isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu memeluknya dari belakang.

“Kerana profesional jadi harus terbawa perasaan,” ujar Ariel ketika ditemu ramah dalam program The Sultan SCTV baru-baru ini.

Terdahulu, penyanyi yang tahun ini bakal meraikan usia 40 tahunnya itu sering dijodoh-jodohkan bersama Bunga yang turut mesra disapa Unge.

Jelas Ariel, “Saya sudah banyak digosipkan bersama Unge, sejak saya berusia 24 tahun.”

Dia turut menganggap bahawa gosip yang timbul antaranya dengan penyanyi jelita itu merupakan kesan karya olehnya terhadap dunia hiburan.

Namun tambahnya, sukar untuk dia menjalinkan hubungan cinta bersama Bunga.

“Ini agak sukar kerana kami sudah lama mengenali satu sama lain. Jadi, ketika bercakap mengenai bersama, semuanya bercampur aduk,” katanya.

 

Sumber: [1]