Anak Jati Seremban Diberi Penghormatan Jadi Datuk Bandar Di England

Seorang anak jati kelahiran Seremban, Negeri Seremban, yang bernama Chris Pillai diberikan penghormatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Datuk Bandar di Calderdale, Yorkshire Barat, England.

anak jati seremban diberi penghormatan jadi datuk bandar di england

Pillai atau nama sebenar Thirunvenkata Krishnapillai JP telah melapor diri secara rasmi untuk jawatan tersebut di Pejabat Datuk Bandar Dot Foster dalam satu majlis yang diadakan Halifax Minster.

Pillai dikatakan sepatutnya mengambil alih tanggungjawab tersebut sejak tahun lalu lagi, namun terpaksa ditangguh kerana pandemik COVID-19 yang melanda.

“Saya merasa sangat dihormati dan bertuah kerana dipilih sebagai Datuk Bandar berasal dari Malaysia yang pertama di bandar bersejarah Yorkshire Barat.

“Dengan ini, saya akan melaksanakan tugas saya dengan sehabis baik untuk berkhidmat kepada masyarakat di bandar Calderale,” ujarnya kepada The Vibes.

Difahamkan bahawa Pillai sering berhijrah yang mana terdahulu, beliau pernah meninggalkan Malaysia untuk menjalani latihan sebagai jururawat di London pada 1971.

Jelasnya, “Saya memgambil jurusan sebagai jururawat di England, dengan sikap terbuka bahawa saya akan menerima sebarang tawaran yang sesuai dengan saya.

Hasil daripada usaha dan sifat optimisnya itu, beliau pernah diterima slaah satu hospital yang terkenal di dunia, iaitu Moorfields Eye Hospital.

Sejak dari itu, Pillai mula diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai peranan dalam sektor penjagaan kesihatan misalnya tugas jururawat kanan di Greenwich Area Health Authority, London (1984-1988), pengarah serta rakan kongsi di Ivy House Nursing and Residential Home, Brighouse (1989-2004) dan pengarah bukan eksekutif di South West Yorkshire Mental Health Trust (2002-2006).

Sebagai seorang figura yang dihormati, Pillai secara peribadinya mempunyai minat yang mendalam terhadap perkembangan sosial, masyarakat dan kesihatan.

Minat tersebut disokong penuh oleh mendiang ibu bapanya iaitu, Encik dan Puan Krishnapillai. Biarpun terpisah kerana jarak dan tinggal di negara yang berlainan, mereka tidak pernah gagal untuk memberikan semangat buat anak tersayang.

Difahamkan juga, Pillai dan isterinya, ada kalanya akan pulang ke Seremban untuk bercuti selain meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Sumber: [1]