“Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk” PU Rahmat

“dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk” pu rahmat

Ketika ini industri hiburan masih dalam keadaan suram selepas pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Kematiannya yang mengejut itu telah membuatkan ramai pihak bercerita tentang kebaikan Abam.

Disebabkan Abam memiliki badan yang besar, ramai yang menggunakannya sebagai bahan lawak. Bagaimanapun, melalui perkongsian PU Rahmat melalui laman Instagramnya, beliau berkata Abam memaafkan semua orang yang pernah mengutuk tubuhnya.

 “Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya”- Tulis PU Rahmat pada ruangan kapsyen.

PU Rahmat turut menggesa kepada sesiapa yang pernah mengutuk bentuk tubuh Abam supaya meminta maaf kepada keluarga arwah dan kembali bertaubat akan kesalahan tersebut.

Bukan itu sahaja, PU Rahmat juga berkongsi bahawa Abam seorang yang mudah berurusan dan tidak berkira soal bayaran. Disebabkan oleh itu, beliau sering menamakan Abam seandainya ada program berkaitan dakwah yang memerlukan panel.

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari yang lalu. Semoga Allah menempatkan Abam bersama orang-orang yang beriman.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekitar solat jenazah Abam Bocey Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Apa amalan Al Marhum Syed Umar ? 1) Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya . Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk . Tapi dia tak marah Cuma dia marah bila orang kutuk Baby dia . Dia cakap . Kalau kutuk saya tak pe tp jangan kutuk anak dia 2. Dia melawan body shaming dengan bergaya . Masa dia sebut gemuk is Osem . Ramai orang pertikai . Gemuk tak osem . Gemuk berpenyakit . Tapi korang tak paham . Bukan maksud dia utk kekal gemuk . Tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri. Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat 3. Abam ringan diri pergi program Dakwah . Aku ingat lagi bila Kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal . Dia usahakan juga datang walaupun Bayaran tak tinggi Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku leh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam daj @shahrol_shiro . Ni dua pelawak Yang tak berkira kalau buat program dakwah 4. Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh . Allahuma firlahu Warham Hu . Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar .

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat93) on