Bersempena meraikan ulang tahun kelahirannya pada 6 Jun lalu, penyanyi K-Pop popular, Hyuna berkongsi satu entri ‘manis’ yang menyerupai foto perkahwinan.
Entri yang dimuat naik pada 5 Jun itu dicoret dengan kapsyen yang berbunyi, “Saya tidak tahu berapa kali saya menangis dan ketawa kerana saya dipenuhi dengan emosi yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.”
Dalam foto tersebut, Hyuna dan pasangan kekasihnya, Dawn, masing-masing dilihat mengenakan gaun dan tuksedo serba putih.
Foto tersebut tidak lain tidak bukan mengingatkan para peminat terhadap koleksi foto perkahwinan.
Tulis Hyuna, “Hari ini dimulakan dengan siaran langsung bersama peminat berserta kejutan dan surat. Saya tidak tahu berapa kali saya menangis dan ketawa dipenuhi emosi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya menerima begitu banyak kasih sayang dan terima kasih kerana selalu menyukai dan menyayangi saya.
“Juga, saya tidak dapat meluahkan segalanya dengan kata-kata tetapi hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidup saya. Terima kasih dan saya sayang anda semua, mereka yang telah lama bersama saya selain daripada keluarga – kakak, abang, adik; kawan dan kakitangan saya.”
Penyanyi yang kini berusia 29 tahun itu turut menyimpulkan kata-kata terakhirnya dengan, “Dawn, saya sangat gembira kerana kita selalu bersama. Saya cintakan awak.”
Terdahulu, Dawn yang berusia 27 tahun juga menyambut ulang tahun kelahirannya pada 1 Jun lalu.
Pasangan tersebut memiliki jurang umur sebanyak dua tahun.
Sumber: [1]