5 Momen Kembali Ke Sekolah Yang Tak Terjangka Tapi Biasa Terjadi

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: GAGS Malaysia

Lagi beberapa minggu je sekolah nak bermula. Sama ada korang masih lagi seorang pelajar sekolah ataupun dah lama tinggalkan zaman sekolah, mungkin korang boleh relate dengan lima momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi ni:

#1 Dah siap beli baju seragam, sekali kena tukar sebab dah jadi pengawas

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: smktelokkerang.blogspot.com

Tahun baru, baju baru; semuanya serba-serbi putih dan bersih! Baru nak action dekat member-member betapa bersihnya baju korang. Tak lama kemudian cikgu buat pengumuman yang korang dilantik jadi pengawas. Wah, hebat! Tapi terpaksalah beli baju seragam yang baru.

#2 Dah penuhkan pencil box, tapi masuk hari ke-2 je dah banyak yang hilang

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: jadiberita.com

Punyalah gigih nak isi pensel tekan tiga batang, pen biru dua batang, pen hitam dua batang, pen merah sebatang, pembaris satu, highlighter lima batang, dan liquid paper dua batang.

Tapi baru masuk hari kedua dah banyak yang hilang, sama ada kawan pinjam dan ‘lupa’ nak pulangkan, atau paling teruk kena curi.

#3 Dah ‘cop’ nak duduk sebelah BFF, sekali masing-masing kelas lain

Dah excited nak duduk sebelah BFF so senang lah sikit korang nak membawang dan ushar mamat hensem atau awek cun kelas sebelah nanti. Sekali masing-masing kelas lain daa! Frustnya!

#4 Punya semangat nak mulakan kelas baru, sekali tersalah beli buku teks

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: mknaceunlimited.blogspot.com

Woohoo, tahun ni korang ada mulakan subjek baru! Alamak, tersalah beli buku teks pulak! Rupa-rupanya korang tersalah beli buku teks yang sepatutnya digunakan hanya di beberapa buah negeri yang lain.

#5 Tak sabar nak tunjuk beg baru pada kawan-kawan sekelas, rupa-rupanya ada orang pakai beg yang sama

Teruja gila nak show off beg korang pada kawan-kawan sekelas, sekali ada orang pakai beg yang sama. Mula-mula korang macam tak puas hati sebab ada copycat, tapi akhirnya korang jadi BFF sebab suka style yang sama! Yay, lepas ni bolehlah pinjam-pinjam barang!

Macam-macam je kan bila sekolah dah bermula. Rasa happy sangat dapat belajar dan berjumpa semula dengan kawa-kawan. Tapi sayangnya, tak semua orang bertuah macam kita. Di luar sana ada yang kurang berkemampuan dan perlukan bantuan kita.

Jom tolong kanak-kanak sekolah yang kurang berkemampuan dalam Kempen Tesco, Beg Terus Senyum.

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: Tesco

Mulai sekarang sehingga 20 Disember 2019 ni, korang boleh tolong kanak-kanak sekolah yang kurang berkemampuan dalam Kempen Beg Terus Senyum oleh Tesco. Macam mana nak tolong? Senang je!

Korang pergi je ke kaunter khidmat pelanggan di beberapa cawangan Tesco yang terpilih, di mana korang boleh terus beli beg yang ada bagi kempen ni. Beg ni berharga RM52.80, tapi Tesco akan serap harga yang ada jadi korang hanya perlu bayar RM50 je.

5 momen kembali ke sekolah yang tak terjangka tapi biasa terjadi

Kredit: Tesco

So, kalau korang nak buat kanak-kanak sekolah ni tersenyum, jom beli Beg Terus Senyum ni di:

  • Tesco Kepong
  • Tesco Extra Cheras
  • Tesco Shah Alam
  • Tesco Station 18
  • Tesco Extra Penang
  • Tesco Alor Setar
  • Tesco Kota Bharu
  • Tesco Seremban Jaya
  • Tesco Melaka Sentral
  • Tesco Seri Alam

Untuk pengetahuan korang, pengagihan Beg Terus Senyum ni akan berlangsung pada hari pertama persekolahan, iaitu 2 Januari 2020.

Jom beli Beg Terus Senyum sekarang!