Ni 10 Permainan Klasik Yang Ikonik. Mana Satu Korang Pernah Main?

ni 10 permainan klasik yang ikonik. mana satu korang pernah main?

Kredit: Shopee

Dengan hadirnya kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, korang yang terlibat mesti bosan di rumah kan. Selain main fon dan video game, korang bolehlah try main 10 permainan klasik ni. Jom check it out:

#1 Set kad Old Maid, Happy Family, Snap, dan Donkey

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Bila main dengan adik beradik, confirm korang akan terjerit-jerit! Memang exciting gila permainan kad-kad ni.

#2 Permainan papan Ular Tangga

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Dah jalan jauh-jauh menghampiri garisan penamat, tiba-tiba terpaksa turun semula ke tempat yang terdahulu. Buat penat je! Tetapi disebabkan kena turun banyak kali ni la, semangat bersaing nak menang tu jadi tinggi!

#3 Congkak

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Antara permainan tradisional paling famous. Siapa rakyat Malaysia yang tak pernah main permainan tradisional ni?

#4 Saidina

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Boleh buat gaduh jugak kalau main permainan Saidina ni. Sesuai untuk korang yang gila kuasa!

#5 Sahibba

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Siapa yang pandai bahasa dan minat mengeja mesti suka dengan permainan yang mencabar minda ni. Tetapi kenalah sediakan kamus kat sebelah, takut ada yang main ‘hentam’ je bina perkataan.

#6 Batu Seremban

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Permainan paling sempoi ni. Kalau takde bantal-bantal comel, korang boleh guna 5 ketul batu kecil je. Siapa yang selalu main batu seremban dalam kelas bila cikgu takde?

#7 Lompat Tali

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Jangan tak tau, lompat tali atau tali skipping ni adalah permainan tradisional juga tau. Bukan je digunakan sebagai senaman untuk keluarkan peluh. Aktiviti di petang hari ni syok dimainkan bersama geng-geng korang. Tetapi musim PKPB ni, korang layan je aktiviti ni dengan ahli keluarga kat rumah. Memang syok.

#8 Guli

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Guli tak semestinya dimainkan dengan congkak je. Ada pelbagai cara untuk bermain dengan guli. Salah satunya ialah dengan melukis bulatan besar di atas tanah, dengan setiap pemain meleretkan biji guli untuk masuk ke bulatan yang ada. Guli siapa yang terkeluar daripada bulatan dikira kalah. Macam senang tapi agak mencabar sebenarnya!

#9 Jengga

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Seronok dan lebih mencabar kalau main permainan ni beramai-ramai! Uji daya tumpuan korang dengan permainan ni! Ajak mak ayah dan adik-beradik main.

#10 Karom

antara 10 permainan klasik ni, yang mana korang pernah main?

Kredit: Shopee

Jentik musuh korang sambil melindungi permaisuri!

Amacam? Pernah main tak semua permainan ni? Kalau tak pernah, cubalah try! Best gila tau!